Monday, July 27, 2009

Dia pilihanku


Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan beraniDia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa
Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI
Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia..???Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..
amin.....
moga ku temui cinta abadi....


Saturday, July 25, 2009

10 langkah menyokong gaza

-Ikuti berita yang berlaku di Gaza,palestin seperti jumlah mereka yang syahid,jumlah yang cedera dan kerosakan yang berlaku.
-Muat turun gambar-gambar kekejaman zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-mel, telefon, print dan sebagainya.
-Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang dicapai oleh hero-hero di gaza dengan bantuan ALLAH SWT setiap hari, seperti berapa orang askar yahudi yang dapat ditewaskandan berapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan.
-Telefon pejuang-pejuang di Gaza,beritahu mereka kamu daripada mana, dan kongsi perasaan kamu, sokongan kamu, simpati kamu dan keyakinan kamu bahawa mereka akan menang atau dimuliakan dengan syahid.
-Letakkan gambar-gambar palestin di bilik,kereta,laptop,komputer dan sebagainya.
-Sertai aktiviti-aktiviti tentang palestin seperti ceramah,seminar dan demonstrasi.
-Anjurkan aktiviti- aktiviti kesedaran Palestin untuk jiran-jiran,mahallah, surau seperti qiamullail dan solat hajat berkumpulan.
-Jadikan isu palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan.
-Boikot!!! boikot!! barangan israel dan amerika
- Ingat palestin dalam doa dan solat
-Bacakan Qunut Nazilah untuk israel

Marilah kt same2 berjihad ke jalan ALLAH.....

Friday, July 3, 2009

sahabat sejati

assalamualaikum.....

hr ni fad tak tau knape fad rasa sedih sgt
tibe2 fad teringat dgn kenangan lampau
semasa fad masih dalam komuniti eac
sukar untuk temui sahabat yg benar2 sahabat semasa kt senang dan susah ia sentiasa ade
kami berjumpa dalam satu tujuan,satu dakwah dan satu aliran
dia byk mengejar fad tentang erti kehidupan yg penuh ranjau ini
hr nie fad chat ngan die dlam laman yahoo messenger
kali terakhir sebelum dia pergi untuk meneruskan pengajian di tempat baru dan suasana yg baru
fad teringat kata2 terakhir sblum die menghabiskan bicaranya hr nie....
jaga adik2 dlm eac,sampaikan salam pd mereka semua
jg diri, dan jaga amir
amir adik angkat fad....
walaupun nmpk simple je tp setiap kata2 memberi maksud yg tersirat bukan....
hanya die yg mengetahui ape yg ingin dia sampaikan....
die memang seorang sahabat yg sukar dicari ganti
YA ALLAH
ko bahagiakan la sahabatku yg satu ini
hanya ini ku pohon agar sahabatku ini sentiasa dalam rahmatmu YA ALLAH....